Strategi pengajaran mantik di institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Klang
Mantiq teaching strategy in institute of higher study around the Klang Valley
DOI:
https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v6i2.138Keywords:
ilmu mantik, kaedah pengajaran, penggunaan qiyas, kemahiran berfikirAbstract
Ilmu mantik merupakan ilmu yang membahaskan kaedah berfikir secara benar bagi seorang manusia. Ilmu ini merupakan mukadimah kepada semua disiplin ilmu kerana setiap ilmu terbina di atas premis yang benar bagi mendapatkan kesimpulan yang benar. Dalam sejarah Islam, ilmu ini banyak digunakan dalam bidang ilmu Kalam dan usul fiqh. Ini kerana kedua-dua ilmu ini memerlukan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan berdasarkan nas syarak. Hari ini, ilmu mantik masih diajarkan di sekolah-sekolah dan juga universiti khususnya bagi pelajar jurusan Usuluddin. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pengajaran yang digunakan oleh para pensyarah mantik di universiti. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Sampel kajian diambil daripada tiga buah universiti yang menawarkan kursus mantik sekitar Lembah Klang. Temubual separa berstruktur telah dijalankan secara atas talian bagi mendapatkan data. Dapatan temubual kemudiannya dianalisis secara analisis tematik. Hasil kajian dibincangkan berdasarkan enam aspek iaitu objektif dan hasil pengajaran, silibus pengajian, strategi yang digunakan, penggunaan bahan bantu mengajar, maklum balas pelajar dan kaedah penilaian yang dijalankan. Rumusan kajian ini ialah para pensyarah mempunyai matlamat pembelajaran yang sama dengan kepelbagaian strategi diaplikasikan bagi memastikan matlamat tercapai. Walaupun begitu, kajian ini mencadangkan agar para pensyarah memanfaatkan juga teknologi dan gajet untuk memperkasakan lagi strategi pengajaran sedia ada. Para pelajar juga perlu terus didorong untuk mengaplikasikan kaedah mantik khususnya qiyas melalui pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah.
Downloads
References
Ahmad, N. L., Sho, S. L., Ab Wahid, H., & Yusof, R. (2019). Kepentingan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 Terhadap Pembangunan Pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(28), 37-51.
Al-Akhdari, Al-Sadr bin Abd al-Rahman. (2000). al-Sullam fi ‘Ilm al-Mantiq. Tahqiq: Umar Faruq. Maktabah al-Ma’arif.
Alias Azhar & Rahimin Affandi. (2010). Aplikasi elemen pemikiran saintifik dalam pengajian Syariah, Jurnal Fiqh, 7, 1-28.
Badlihisyam Mohd Nasir & Rahimin Affandi Abd. Rahim. (T.th). Pengajian Islam di peringkat rendah, menengah, pondok dan IPT: Isu, cabaran dan penyelesaian. https://www.academia.edu/24056622/PENGAJIAN_ISLAM_DI_PERINGKT_RENDAH_MENENGAH_PONDOK_DAN_IPT_ISU_CABARAN_DAN_PNYELESAIAN
Charles Muling Libau & Ying-Leh Ying. (2020). Peranan bahan bantu mengajar dan persekitaran maklum balas dalam meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Kertas kerja. National Research Innovation Conference (NRICon 2020), 20-21 Oktober.
Faisol Haji-Awang. 2011. Penggunaan hukum akal dan mantik dalam perbahasan akidah tauhid: Kajian kitab al-Durr al-Thamin oleh Syeikh Daud Al-Fatani. [Tesis Ijazah Doktor Falsafah]. Universiti Sains Malaysia
Ishak Abd. Aziz. 2012. Mantiq / Logika sebagai muqaddimah ilmu (Kajian terhadap pemikiran al Ghazali). Jurnal Al-Hurriyyah: Jurnal Hukum Islam 3, 79-100.
Ismail, A. (2018). Strategi pengajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah daerah Besut, Terengganu. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 10(2), 11-21.
J. Katz. 2001. Analytic Induction. International Encyclopedia of the Social and Behavioral Sciences, 480-484. https://doi.org/10.1016/B0-08-043076-7/00774-9.
Kamarudin Salleh. (2000). Ilmu mantik dan pengaplikasiannya: Kajian kes di Pahang. Bilik Seminar Siswazah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Anjuran Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 6 September, Bangi.
Kamarul Azmi Jasmi, Osmawadi Talip, Mohd Faeez Ilias. (2012). Strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berpusatkan pelajar. Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012), 33-40.
Khairatul Akmar Ab Latif, Ahmad Redzaudin Ghazali & Mohd Rofian Ismail. (2015). Pandangan pensyarah mengenai pengaruh matlamat kurikulum pembelajaran terhadap penguasaan kemahiran bahasa Arab dalam kalangan pelajar PSMBA di IPTA Malaysia. Jurnal Pengajian Islam 8 (3), 130-146.
Maria Chong Abdullah, Samsilah Roslan, Tajularipin Sulaiman. (2011). Strategi pengajaran pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi: Satu anjakan paradigma. Malaysian Educational Dean’s Council Journal, 8, 101-115.
Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Jaffary Awang, Muhd Najib Abdul Kadir dan Fadlan Mohd Othman. (2013). Pengajian Islam di IPT Malaysia dalam menangani Islam Liberal. Jurnal Hadhari 5 (1), 37 – 53.
Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki. (2017). Analisis Pengaplikasian Amalan qalbu dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal ‘Ulwan 1, 19-24.
Mohd Fauzi bin Hamat. (1996). Pengaruh mantik terhadap pemikiran Islam. [Disertasi sarjana]. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Mohd Fauzi bin Hamat. (2000a). Mantik Aristotle dalam karya ulama: Satu analisis terhadap beberapa bahan penulisan al-Imam Fakhr al-Din al-Razi (M. 606 H. / 1209 M.). Jurnal Usuluddin 1-12.
Mohd Fauzi bin Hamat. (2000b). Penghasilan karya sintesis antara mantik dan usul al-fiqh: Rujukan kepada kitab al-Mustasfa min Ilm al-Usul, karangan al-Imam al-Ghazzali (M.505H. /1111M.). Jurnal Akidah dan Pemikiran Islam 1, 123-138.
Mohd Fauzi bin Hamat. (2002). Kedudukan mantik sebagai mukadimah ilmu: Satu analisis pandangan al-Imam al-Ghazzali. Jurnal Akidah dan Pemikiran Islam 3, 33-56.
Mohd Fauzi bin Hamat. (2006). Pengajian Akidah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia: Analisis Terhadap Silibus Pengajian di UM dan UKM. Jurnal Akidah dan Pemikiran Islam 7, 157-196
Muhammad Nuruddin. (2019). Ilmu Mantik. Jawa Barat: Keira Publishing.
Muhammad Rashidi Wahab. (2019). Pendalilan mantik al-Ash’ari dalam akidah ketuhanan. Tesis Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Muhammad Rashidi Wahab & Mohd Fauzi Hamat. (2020). Kedudukan ilmu mantik dalam pemikiran Islam. Jurnal Afkar 22, 1-42.
Muhammad Rashidi Wahab, Mohd Fauzi Hamat & Mohd Faizul Azmi. (2018). Konsep al-Qiyas al-Usuli dan al-Qiyas al-Mantiqi dalam pendalilan akidah. Al-Afkar 20(2), 53-92.
Muhammad Rashidi Wahab, Mohd Faizul Azmi, Razali Musa dan Mohd Hasrul Shuhari. (2018). Tahap kefahaman dan pengamalan ilmu mantik dalam kalangan mahasiswa UniSZA. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 18, 185-194.
Nor Ashiqeen Jamaluddin, Raihana Farahiyah Abdul Rahman, Sulaiman Shakib Mohd Noor & Mohd Nazir Kadir. (2017). Peranan IPTA dan IPTS dalam menerapkan pendidikan al-Quran di dalam kurikulum sebagai kursus teras bagi semua pelajar Islam di Malaysia: Kajian awal di beberapa buah IPT di Malaysia. Proceedings 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017). 1129-1143.
Norjietta Julita Taisin. (2018). Keberkesanan teknik pengajaran dan Pembelajaran bahasa Kadazandusun dalam kalangan guru bahasa Kadazandusun sekolah rendah. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2018, 363-376.
Norul ’Azmi, N. A., & Zakaria, N. S. (2022). Arabic teaching and learning strategies through SMALL: challenges and importance during COVID-19. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 6(1), 1–14.
R1. (2021). Temubual pada 30 April 2021 secara atas talian.
R2. (2021). Temubual pada 6 April 2021 secara atas talian.
R3. (2021). Temubual pada 14 April 2021 secara atas talian.
Ramlah Mailok, Zaidatun Tasir & Noraffandy Yahya. (2007). Pembentukan Kerangka Maklum Balas Mengikut Kesesuaian Pelajar. [Kertas kerja seminar]. International Malaysian Educational Technology Convention, Johor Bahru.
Ruslimi Zakaria, Mohd Sani Ismail & Rosdi Zakaria. (2019). Kepentingan penerapan pengetahuan pedagogi kandungan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Proceeding the 1st International Language, Culture and Education Conference 2019. 172-177.
Ruzman Md Noor, Rahimin Affandi Abd. Rahim, Muhammad Kamil Abd Majid, Abdul Karim Ali, Nor Adina Abdul Kadir, Syed Mohd Jeffri bin Syed Jaafar & Norhidayah Yusoff. (2014). Peranan Institut Pengajian Tinggi Islam dalam pembangunan modal insan di Malaysia: Satu analisis. Jurnal Kemanusiaan 22, 1-20.
Sapie Sabilan, Mohamad Fuad Ishak, Mohd Kamal Din@Nasirudin & Rekkeman Kusut. (2014). Tahap pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam latihan mengajar menurut persepsi guru-guru pelatih Fakulti Pendidikan Kuis: Satu tinjauan awal. Jurnal Pendidikan 1(2), 88-97.
Shahir Akram Hassan. (2013). Aplikasi kaedah tasawwur ilmu mantik (tasawwur al-mantiqi) dalam penyelidikan Islam. Kertas kerja. The 7th ISDEV Development Management Conference (IDMAC 2013), 9-10 Disember.
Shahir Akram Hassan & Mohd Syahmir Alias. (2017). Strategi penyelidikan Islam berdasarkan kaedah penaakulan dalam ilmu mantik. Malaysian Journal for Islamic Studies 2, 19-25.
Siti Fadzilah Abdullah Zawawi & Nazneen Ismail. (2021). Tahap pengetahuan dan kefahaman ilmu mantik dalam kalangan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia KUIS. Dlm. Muhammad Yusuf Marlon Abdullah, Nazneen Ismail, Nur Uswah Ahmad Fauzi & Siti Nurbalqis Baharuddin (pnyt.). Isu-Isu Kontemporari dalam Pengajian Dakwah dan Usuluddin Siri II, 10-20. Bandar Seri Putra: Fakulti Pengajian Peradaban Islam KUIS.
Syed Salim Syed Shamsuddin, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Mohammad Aizuddin Abdul Aziz, Mohd Faisal Mohamed. (2018). Metodologi penulisan kitab Risalah Manhaj Ahli Sunnah oleh Tuan Guru Haji Abdul Qadir bin Wangah (Ayah Dir Sekam): Analisis integrasi ilmu usul fiqh, usuluddin dan mantik. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Tamadun, Etnik & Turath Islami (i-STET) 2018, hlm. 38-50. Nilai: Pusat Pengajian Teras USIM.
USAID. (1996). Conducting key informant interviews. Performance Monitoring and Evaluation Tips Number 2. Retrieved from https://www.dmeforpeace.org/wp-content/uploads/2017/06/USAID_TIPS-ConductingKeyInformantInterviews.pdf [22 April 2021].
Wan Abdullah, W. A. A., Abdul Razak, K., Hamzah, M. I., & Mohd Zhaffar, N. (2020). Konsep inovasi menurut pandangan Guru Inovatif Pendidikan Islam. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 4(1), 13–21. Retrieved from https://attarbawiy.kuis.edu.my/index.php/jurnal/article/view/24
Wan Nabilah Md Nor. (2015). Persepsi terhadap kepentingan ilmu mantik dalam kalangan pelajar Usuluddin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Latihan ilmiah. Akademi Islam KUIS.
Yusni Bin Mohamad Yusak dan Zainab Hanina Abdull Samad. (2013). Halatuju kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik Malaysia: Satu tinjauan awal. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013), 166-172.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2022 Nazneen Ismail, Nurhanisah Senin, Sahlawati Abu Bakar

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
