Dakwah Kontemporari Pengajian Agama di Masjid Zahir, Alor Setar
Contemporary Dakwah In Religious Studies At Masjid Zahir, Alor Setar
DOI:
https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v9i2.271Keywords:
Dakwah, Kontemporari, Pengajian Agama, MasjidAbstract
Abstrak
Pengajian agama yang dijalankan melalui institusi masjid terus menjadi asas penting dalam usaha memperkukuh kefahaman umat Islam terhadap nilai dan ajaran agama. Namun begitu, perubahan gaya hidup masyarakat serta pengaruh teknologi telah menimbulkan cabaran baharu terhadap keberkesanan pendekatan dakwah secara tradisional. Oleh itu, terdapat keperluan untuk menerapkan pendekatan dakwah yang lebih kreatif dan relevan dengan kehendak semasa. Kajian ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan dakwah kontemporari menerusi pengajian agama yang dijalankan di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes dengan kaedah pengumpulan data melalui temu bual separa struktur serta analisis dokumen sokongan. Hasil kajian mendapati bahawa Masjid Zahir telah mengambil pelbagai langkah untuk memperkasakan pengajian agama seperti fiqh, tauhid, dan tasawuf, bukan sahaja melalui kaedah konvensional seperti kuliah dan ceramah, tetapi juga melalui penerapan teknologi moden seperti penggunaan media sosial dan platform digital. Selain itu, kebolehan dan kebijaksanaan para pendakwah dalam menyesuaikan kandungan serta pendekatan penyampaian selari dengan perubahan semasa menjadi faktor penting dalam memastikan mesej dakwah sampai dengan berkesan. Kajian ini mencadangkan agar masjid terus memperluaskan penggunaan teknologi serta mengukuhkan hubungan dengan komuniti agar pengajian agama yang dijalankan kekal relevan dan mampu bersaing dalam arus dunia moden.
Abstract
Religious education conducted through mosque institutions remains a vital foundation in strengthening the understanding of Islamic values and teachings among the Muslim community. However, shifts in lifestyle and the influence of modern technology have presented new challenges to the effectiveness of traditional dakwah approaches. Consequently, there is an urgent need to adopt more innovative, engaging, and contextually relevant methods of dakwah. This study aims to examine the implementation of contemporary dakwah through religious educational programs at Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah. Employing a qualitative case study design, data were collected through semi-structured interviews and document analysis. The findings reveal that Masjid Zahir has undertaken various efforts to enhance religious education—particularly in the areas of fiqh, tawhid, and tasawwuf—not only through conventional methods such as lectures and sermons but also by incorporating modern technologies including social media and digital platforms. Additionally, the preachers’ ability to tailor content and delivery methods in line with current societal changes is identified as a critical success factor. The study recommends that mosques continue to expand the use of technology and strengthen community engagement to ensure that mosque-based religious education remains relevant and competitive in the modern era.
Downloads
References
Abd Wakil, M. N., Ab Rahman, A., & Baharuddin, A. S. (2024). Pemerkasaan Institusi Masjid Sebagai Pusat Bantuan ekonomi Lokal di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 29(2), 115–126. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol29no2.584
Abd. Ghani, Z. (2021). Ekosistem dakwah digital: Cabaran masa depan dunia dakwah digital. Prosiding Simposium, Dunia Dakwah Digital 2021, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, Keningau: Sabah
Ahmad K. A., Muhammad Lukman Mat Sin, Ameer Ikhwan Zaini, & Mohd Asri Ishak. (2023). Kitab-Kitab hadith dalam Pengajian Takmir di Institusi masjid di perlis: Kajian tinjauan. HADIS, 13(25), 1–9. https://doi.org/10.53840/hadis.v13i25.171
Ahmad, K. A., Asni, F., Mat Sin, M. L., Zaini, A. I., & Abdul Aziz, A. (2023). A review of hadith studies in takmir programme at mosque institution in Perlis. In Proceedings papers that have been presented in 3rd International Conference on Islamic Contemporary and Management 2023 (3rd ICICM2023) (Vol. 1, pp. 189–201). KUIPs Publisher.
Ahmad, K. A., Muhammad Lukman Mat Sin, Ameer Ikhwan Zaini, & Mohd Asri Ishak. (2023). Kitab-Kitab Hadith Dalam Pengajian Takmir Di Institusi Masjid Di Perlis: Kajian Tinjauan. Hadis, 13(25), 1-9. Https://Doi.Org/10.53840/Hadis.V13i25.171
al-Qaradawi, Y. (1997). Fiqh al-Awlawiyyat: Dirasah Jadidah fi Daw’ al-Quran wa al-Sunnah. Dar al-Shuruq.
Don, A. G. (2021). Pembangunan kepimpinan da’i dalam dakwah era digital. Prosiding Simposium, Dunia Dakwah Digital 2021. Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, Keningau: Sabah.
Fauzi, A. M. S., & Yusuf. M. M. A. (2016). Strategi pembangunan ekonomi masjid As- Salam sebagai wasilah dakwah kontemporari. Strategi pembangunan ekonomi Masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah kontemporari. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah dan Syariah, 1–10.
Ibrahim, M. R. (2020). Integrasi Ilmu Usuluddin Dalam pengajian agama di masjid. ‘Abqari Journal, 23(1), 128–144. https://doi.org/10.33102/abqari.vol23no1.143
Jamaluddin, M. F., & Tatar, A. (2018). Institusi masjid dalam memperkasa legasi ummah: Satu kajian di Masjid Zahir, Alor Setar. Dalam E-Book of Masjid, Zakat and Waqf Management 2018 (IMAF 2018) (pp. 274–281). Kolej Poly-Tech MARA.
Kamsaton, S., Mohd Izham, M. H., & Mohd Kamil, A. K. (2010). Kepentingan amalan penggunaan ICT dalam kalangan pentadbir masjid: Hubungkaitnya dengan pengajaran dan pembelajaran. Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Berteraskan Masjidd, 311-312
Lebar. O. 2022. Penyelidikan Kualitatif : Pengenalan kepada Teori dan Metode. Ed.2. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Majid, M. A., & Marlon, Y. (2016). Masjid Dan Aplikasi Pendekatan Dakwah Terhadap Masyarakat Multi Etnik di Malaysia. Jurnal Hadhari, 8(1), 31– 48.
Majid, M. A., Awang, N., Aini, Z. H., & Opir, H. (2021). Pelan strategik pengupayaan peranan institusi masjid sebagai pusat tumpuan komuniti. International Journal of Islam and Contemporary Affairs, 1(2), 21–37.
Malkawi, Fathi Hassan. (2011). Manhajiyyah al-takamul al-ma’rifi. Beirut: alMa’had al-Alami li al-Fikri al-Islami. Milton. Beirut: Librairie du Liban.
Mat Jusoh, M. S., Samah, Mohd. N., M. Noor, N., Jamaludin, A. K., & Ayub, M. N. (2023). Sistem Pengurusan digital program ‘Imarah Masjid: Kajian Analisis Keperluan Dan Pembangunan. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 73–79. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v8i2.9863
Mat Zain, F., Jamsari, E. A., & Salleh, Z. M. (2012). Masjid Zahir, Kedah dari segi sejarah. Dalam Proceedings of the 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago (Simposium Nusantara 9) (pp. 402–408). Universiti Teknologi MARA (Perak).
Mustari, M. I. & Jasmi, K. A. (2008). Fungsi dan Peranan Masjid dalam Masyarakat Hadhari. Skudai, Johor Bahru: Universiti Teknologi Press. ISBN: 978-983-52-0503-3
Rahman, A. A., Mohd Faisal Yeap, M. J., & Abd Wakil, M. N. (2019). Amalan Pengurusan zakat di institusi masjid di Malaysia: Satu Tinjauan Awal di negeri selangor. Journal of Fatwa Management and Research, 155–162. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol13no1.170
Remly. M. R., Abdul Kadir. M. N., Mohd Othman. F., & Sabaruddin. S.A., (2019). Prinsip al-imarah dalam kalangan AJK masjid ke arah mengimarahkan institusi masjid. Pusat Kelestarian Turath Islami, Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Shahbuddin, Z. H., & Gunardi, S. (2023). Tinjauan Literatur Sistematik Terhadap Peranan Institusi masjid di Malaysia. ‘Abqari Journal, 54–71. https://doi.org/10.33102/abqari.vol29no1.508
Wahab. N. A., Ab. Hamid, N., & Che Man, N. (2016). Pemerkasaan peranan masjid di Malaysia era kontemporari. e-Academia Journal UiTMT, 5(2), 219–229.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nur Uswah Ahmad Fauzi, Nurunnabilah Mahirah Mohamad Zaini

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
